Wednesday, May 1, 2019

Puncanya, kerana cemburu.


SIBU: Seorang suami didakwa membunuh isterinya dengan menggelar lehernya, di Sibu Jaya di sini antara jam 1 hingga 1.30 petang, 4 Julai 2014.
Puncanya, kerana cemburu.
Tertuduh, Serberry Selih Kaya, 28, yang disabit di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati, bekerja sebagai pengendali jentera berat di Kapit.
Isterinya Jara Jimbat, 52, bekerja sebagai tukang jahit di Julau, dan hanya sekali-sekala kembali ke flat mereka di Sibu Jaya.
Sebelum kejadian, tertuduh merampas telefon bimbit mangsa, menyebabkan tercetusnya pergaduhan.
Tertuduh didakwa memijak isterinya sebelum mengelar lehernya dengan pisau di tingkat dua flat berkenaan.
Gambar fail – Berita RTM
Mangsa yang berlumuran darah sempat melarikan diri, tetapi rebah di koridor sebelum disahkan mati  akibat kecederaan serius.
Pasangan itu berkahwin pada 2012 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.
Dalam proses penghakiman di Mahkamah Tinggi di sini semalam, Pesuruhjaya Kehakiman Dr Lim Hock Leng menegaskan, pasukan pendakwaan melakukan pendakwaan telah membuktikan kes itu melebihi keraguan munasabah terhadap tertuduh.
Sepanjang prosiding, sebanyak 15 saksi dipanggil memberi keterangan.
Sebelum ini, kes berkenaan diperintahkan dibicarakan semula oleh Mahkamah Rayuan.
Pada 17 Okt 2016, tertuduh dijatuhi hukuman mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Supang Lian.
sarawak voice

Friday, March 29, 2019

10 penghuni tinggal sehelai sepinggan

Gambar ehsan dari Bomba

Bintulu : 10 Penghuni apabila 4 buah rumah setinggan mereka musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku  awal pagi tadi di Jalan Sg Plan, Bintulu.

Menurut maklumat Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, enam belas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.25 pagi.

Kebakaran melibatkan 4 buah rumah setinggan struktur tidak kekal dan terbakar 100%. Anggota Bomba bertindak membentang sejauh 500kaki aliran untuk ke lokasi kebakaran dan menggunakan sumber air terbuka dan water tanker untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Kebakaran melibatkan 4 keluarga dan tiada melibatkan kecederaan mangsa.

Pihak bomba menghadapi kesukaran sumber air pili bomba serta kesukaran laluan masuk ke lokasi kejadian.

Operasi tamat pada pukul 5.18 pagi.

Wednesday, February 13, 2019

2 cedera dalam kemalangan

13 Feb 2019 Miri: Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah motosikal berlaku di atas jambatan Pujut 7 Miri awal pagi tadi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dengan kekuataan sembilan anggota diketuai oleh PBK II Nasir bin Hj Razali bergegas ke tempat kejadiaan setelah menerima panggilan berkaitan kejadiaan pada pukul 1.38 pagi.

Komander operasi berkata, pihaknya terpaksa mengalihkan motosikal yang terpelosok didalam kereta dan seterusnya mengeluarkan mangsa yang tersepit ditempat duduk pemandu. Manakala penunggang motosikal seorang lelaki berumur 33 tahun patah di pergelangan tangan kiri, " katanya.

Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan punca kemalangan masih tidak dikatahui. Operasi ditamatkan pasa jam 2.37 pagi.

Monday, February 11, 2019

Operasi hari ke dua mencari Langkau anak Belun masih menemui jalan buntu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman PPgB William Baheng sedang memberi taklimat kepada pasukan SAR.
11 Feb 2019 / Sri Aman :Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki warga emas Lankau anak Belun berumur 85 thn yang dilaporkan dilaporkan hilang dalam hutan berhampiran Rumah Buda Meriok Nanga Engkilili, Sri Aman pada sabtu lepas telah memasuki hari ke dua namun masih menemui jalan buntu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pihak Bomba, polis, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Engkilili, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung. Lokasi pencarian dibahagi kepada dua iaitu di kawasan hutan dimana kali terakhir mangsa dilihat dan dengan menggunakan bot bagi menyusuri Sg Btg Lupar. Operasi ditangguhkan pada pukul 5 petang dan akan disambung semula ke esokan pagi.