SIBU: Seorang suami didakwa membunuh isterinya dengan menggelar lehernya, di Sibu Jaya di sini antara jam 1 hingga 1.30 petang, 4 Julai 2014.
Puncanya, kerana cemburu.
Tertuduh, Serberry Selih Kaya, 28, yang disabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati, bekerja sebagai pengendali jentera berat di Kapit.
Isterinya Jara Jimbat, 52, bekerja sebagai tukang jahit di Julau, dan hanya sekali-sekala kembali ke flat mereka di Sibu Jaya.
Sebelum kejadian, tertuduh merampas telefon bimbit mangsa, menyebabkan tercetusnya pergaduhan.
Tertuduh didakwa memijak isterinya sebelum mengelar lehernya dengan pisau di tingkat dua flat berkenaan.

Mangsa yang berlumuran darah sempat melarikan diri, tetapi rebah di koridor sebelum disahkan mati akibat kecederaan serius.
Pasangan itu berkahwin pada 2012 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.
Dalam proses penghakiman di Mahkamah Tinggi di sini semalam, Pesuruhjaya Kehakiman Dr Lim Hock Leng menegaskan, pasukan pendakwaan melakukan pendakwaan telah membuktikan kes itu melebihi keraguan munasabah terhadap tertuduh.
Sepanjang prosiding, sebanyak 15 saksi dipanggil memberi keterangan.
Sebelum ini, kes berkenaan diperintahkan dibicarakan semula oleh Mahkamah Rayuan.
Pada 17 Okt 2016, tertuduh dijatuhi hukuman mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Supang Lian.
sarawak voice